Sunday, February 13, 2011

Valentine's vs. Maulidurrasul


Salam…
Agak malas update blog akhir-akhir ni. Penat dengan kerja rasanya. Tapi hari ni ku gagahkan juga nak update blog.

Valentine’s Day?? Aku tak pernah sambut. Tapi kalau ada yang nak sambut, aku tak pernah melarang walaupon ada yang mengatakan ianya HARAM!!! Mungkin disebabkan sejarah wujudnya hari tersebut (pelbagai version sebenarnya, tapi tak tahu mana satu yang betul…). Most of the people menganggap hari tersebut adalah hari untuk meraikan cinta. Especially pada pasangan yang bercinta la..tapi jangan la sampai taksub dengan meraikan hari tersebut. Mungkin sebab tu ada yang mengatakan ianya HARAM…

Maulidurrasul…atau pon hari keputeraan baginda Nabi Muhammad, sehari selepas Valentine’s Day(tahun ni jer…2011). Pon ada yang mengatakan HARAM menyambutnya atas alasan Rasulullah tak pernah menyambutnya. Atas alasan apa yang dikatakan HARAM?? Mengadakan benda yang tiada, BIDA’AH..tapi benda yang baik, boleh dikira BIDA’AH gak ker?? Wallahu’alam…  

Apa-apa pon isu yang berbangkit ke atas kedua-dua event di atas, kita boleh menilai sendiri apa yang baik dan buruknya… Masing-masing punya akal fikiran yang waras.