Sunday, December 12, 2010

Semalam di Putrajaya...Melepas Penat dan Lelah

Plan asal hendak ke Tesco Shah Alam jer... Selepas ambil Teacher Laili, Amir Rayyan beri cadangan,

"Jom ke Putrajaya???"

Kami pon serentak bersetuju. Amir beri cadangan lagi nak tengok Aku Tak Bodoh. Kami turut bersetuju.

"Boleh singgah Masjid Besi Putrajaya(Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin). Tempat Dr. SMS akad nikah ari tu." tambah Amir.

Serentak kami menjawab, "Nak!!!"

Macam kanak-kanak bunyinya. Hahaha...

Tenang je kat masjid tu... Memang sesuai untuk menenangkan fikiran. Suasananya seperti di Makkah(walaupon tak pernah ke sana, hanya berpandukan gambar-gambar kenangan sanak saudara dan teman di sana). Mungkin lighting-nya sama seperti di sana.

Selesai solat Maghrib kami bergegas ke Alamanda. Nak cari tiket Aku Tak Bodoh. Panjang juga queue nyer. Tapi bila sampai di kaunter, tiket yg tinggal hanya seat berasingan. So kami decide cancel je lah. Jom makan!!!

Kubah Masjid Besi. Di tengah-tengahnya ada kalimah ALLAH.

Ruangan Solat Utama(open ok ruangan lelaki dan wanita)

Area favourite.
Amir Rayyan

Aku la...Hahaha...
Area laluan kereta(Yang ni la yang aku kata macam kat Makkah)

Wednesday, December 1, 2010

Family Day-out...


Minggu lepas, selepas menghabiskan masa dengan my BFF di Alor Setar, giliran famili aku pula. Dari Alor Setar ke Tapah ke Selayang/Batu Caves. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil. Masing-masing melayan anak-anak yang buas dan aktif, tak sempat nak bergambar sangat.

My sis and her two sons.
 
Anak-anak kakakku.(Sorang lagi ngan opahnya)

Myself and my mak

Kakakku lagi...

Dua wanita yang bertakhta di hatiku

@MZ Darulnaim, Kg. Baru


My Family(without Abah and Adik, and Abg Pidos-cameraman)

Happy dapat belon @ KidsFair, KLCC Convec

Nak buat kecoh dekat mana pulak budak-budak ni...

Nak mandi kolam, tapi tak boleh...

New Kids on the Block










Penat, tapi seronok. Tapi lagi seronok kalau ada Abah dan Adik. Seronok tengok telatah anak-anakku yang berani, sepontan, nak cuba dan slumber je (macam Atok dia orang la ni kot...) Nanti kita hang-out lagi yer... Kali ni semua kena ikut.


Aku yang poyo.hahaha... = P

Thursday, November 25, 2010

A Journey to the 18 Years of Friendship...La Fea - Cerita Tentang K.A.M.I

Wahhh...pejam celik...pejam celik...dah 18 tahun usia persahabatan kami. Perkenalan bermula dari satu event yang kami join. Kalau tak salah masa tu saya berumur 6-7 tahun. Bermula sejak itu kami mula rapat, sehingga sekarang, dan InsyaALLAH selamanya. Kami pernah berjanji sebagai KAWAN MATI. Terpisah hanya disebabkan mati. Kami juga juga menggelar diri kami La Fea(The Ugly) - nama yang aku berikan sendiri kepada kami sejak 5 tahun lalu.

Kenapa La Fea??

Semuanya gara-gara telenovela Latin yang pernah menjadi fenomena di Malaysia(dan tak lama dlu Ugly Betty.) Kedua-dua telenovela n soap opera tu menjadi favourite aku dan 2 lagi BFF aku. Yeah, kami akui kami memang hodoh dari luaran(walaupun kami perasan kami ni CANTEKK...) tp cantik dari dalaman. So sampai sekarang melekat La Fea.

Siapa La Fea??

La Fea terdiri dari Ismidi(Is),27;  Hirman(Aman),25; and of course aku, Qayum(Yum),24.


Bergelak sudah, bergembira sudah, bersedih sudah, menangis pon sudah. Bergurau sudah, bersenda sudah. Bertarik rambut sudah, bergaduh juga sudah. Pendek kata semuanya sudah. Cuma beberapa perkara yang tak perlu disebut disini je yang belum.hehehe...

Kami saling mengenali sesama sendiri.Mereka tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Begitu juga sebaliknya. Malah kami lebih tahu perihal diri dan tingkahlaku sesama sendiri dari diri sendiri. Keluarga kami memang besar. Keluarga masing-masing saling mengenali. Semoga ikatan ini terus berpanjangan seperti mana janji-janji kami untuk terus kekal sampai mati.InsyaALLAH...Aminn...

Saturday, November 13, 2010

Bila Artis... Bila Bukan Artis...

Bila artis pakai shades dlm bangunan(shopping mall), they are cool...nak tutup identity.
Bila bukan artis, apa kes...?? ko ingat ko cantekkk!!! Tak gelap ker??


Bila artis pakai baju pelik-pelik, they are trend-setter, cool, so Lady-Gaga.
Bila bukan artis, fashion victim!!!


Bila artis kena tangkap basah, buat salah; mereka juga insan biasa...tak terlepas dari buat salah.
Bila bukan artis, manusia bertopeng binatang, tak tahu malu, memalukan keluarga.


Bila artis pakai barangan murah, nampak mahal...so up-to-date.
Bila bukan artis pakai barangan mahal, alahhh...uptown/downtown je tuh...mana mampu...


Bila artis, idolanya berlainan jantina (especially artis lelaki), tak per...masing-masing punya preference.
Bila bukan artis (lelaki), alahai...adik-adik2 sangat, sah2 PLU.

Bila artis lelaki nyanyi lagu artis perempuan, they are challenging themselves, idola katanya...
Bila bukan artis, choyyy...hadek-hadek...tak de lagu lelaki ke nak nyanyi??


Sekadar suka-suka...jangan marah... =))

Wednesday, November 10, 2010

From Tokyo to Kuala Lumpur...Uniqlo

This is how shopping and fashion turn people into MADNESS!!! Yes, shopaholics do exist in Malaysia, and I am one of them...hihihi...













Saturday, October 16, 2010

After a year...

It's been more than a year aku tak update blog... Malas, lupa, nothing much to share kot... Tapi bila dah setahun tak update, mesti banyak benda nak cerita kan... Tak tahu la nak start dari mana..hmmm...

It's been a colourful year. Dah 4 tempat kerja dalam 3 bidang job scope yang berbeza. Seronok bila bekerja lari dari bidang yang kita pernah kerja sebelum ni. Promoter broadband, cikgu ganti, exec/kerani kat audit/accounting firm and lastly admin dekat pusat bahasa. Kalo semua tu aku masuk dalam resume, memang panjang berjela. Bak kata seorang kenalan, as long as it work with me, on jer... Yeap, I'm happy with it. Ramai kenalan baru.

Tapi pengalaman yang paling best bila aku join GEMS. Memang dapat ramai kawan baru. Almost 100 new friends(sebab tak semua aku kenal, dan yang kenal pun tak kenal sangat.hehehe...) The best part dapat jadi mock CEO of mock company, and be voted as Best CEO of Best Compant. Hehehe... Proud of myself sekejap and my anak-anak buah.

Hopefully, a year ahead my life still colourful with insiden-insiden yang dirancang and spontaneous.








Yes, I am DIVA la VIDA!!!