Sunday, December 12, 2010

Semalam di Putrajaya...Melepas Penat dan Lelah

Plan asal hendak ke Tesco Shah Alam jer... Selepas ambil Teacher Laili, Amir Rayyan beri cadangan,

"Jom ke Putrajaya???"

Kami pon serentak bersetuju. Amir beri cadangan lagi nak tengok Aku Tak Bodoh. Kami turut bersetuju.

"Boleh singgah Masjid Besi Putrajaya(Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin). Tempat Dr. SMS akad nikah ari tu." tambah Amir.

Serentak kami menjawab, "Nak!!!"

Macam kanak-kanak bunyinya. Hahaha...

Tenang je kat masjid tu... Memang sesuai untuk menenangkan fikiran. Suasananya seperti di Makkah(walaupon tak pernah ke sana, hanya berpandukan gambar-gambar kenangan sanak saudara dan teman di sana). Mungkin lighting-nya sama seperti di sana.

Selesai solat Maghrib kami bergegas ke Alamanda. Nak cari tiket Aku Tak Bodoh. Panjang juga queue nyer. Tapi bila sampai di kaunter, tiket yg tinggal hanya seat berasingan. So kami decide cancel je lah. Jom makan!!!

Kubah Masjid Besi. Di tengah-tengahnya ada kalimah ALLAH.

Ruangan Solat Utama(open ok ruangan lelaki dan wanita)

Area favourite.
Amir Rayyan

Aku la...Hahaha...
Area laluan kereta(Yang ni la yang aku kata macam kat Makkah)

No comments: